Image

*** Permohonan hanya boleh dibuat selepas 7 hari pendaftaran kenderaan dilakukan di Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Syarat Kelayakan Permohonan Subsidi Diesel
1 Pemilik kenderaan iaitu individu / wakil bagi syarikat ( sekurang-kurangnya pangkat Eksekutif ) boleh berurusan di KPDN.
2 Kenderaan yang layak memohon diesel bersubsidi adalah tertakluk kepada kategori yang dibenarkan sahaja.
3 'Runner' tidak dibenarkan berurusan dengan KPDN
4 Kesemua syarikat/individu yang mendapat kelayakan membeli diesel bersubsidi fleet card tertakluk kepada syarat-syarat berikut :
  • Jumlah diesel bersubsidi yang diluluskan adalah untuk kegunaan kenderaan yang dimiliki sendiri atau yang didaftarkan di bawah syarikat tuan sahaja.
  • Mengemukakan dengan lengkap dan tepat apa-apa maklumat atau penjelasan yang diminta oleh KPDN.
  • Pemegang subsidi dikehendaki memaklumkan kepada KPDN sekiranya terdapat sebarang perubahan ke atas aktiviti operasi pengangkutan mereka seperti pertukaran hak milik bas dan sebagainya.
  • Mematuhi semua syarat yang ditetapkan dari masa ke semasa oleh KPDN.
  • Memenuhi syarat dan terma yang ditetapkan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard.
  • KPDN berhak mengkaji semula / menarik balik kelulusan sekiranya pemegang subsidi gagal mematuhi mana-mana syarat di atas.
5 Permohonan Baru/Tambahan kenderaan/pertukaran syarikat Minyak boleh dibuat melalui permohonan online oleh syarikat/individu dengan melayari laman web :-
[SKDS 1.0] 10 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Awam layak mendapat subsidi:-
1 Bas Sekolah 7 Teksi
2 Bas Ekspres 8 Van Mayat
3 Bas Berhenti-henti 9 Lori Mayat
4 Bas Mini 10 Ambulans (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
5 Bas Pengantara 11 Bomba (Dikendalikan Oleh Badan Sukarela)
6 Kereta Sewa    
[SKDS 2.0 : Fasa I] 9 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:-
1 Lori Rigid - Kargo Am 6 Lori Tangki Rigid - Air
2 Lori Rigid - Minuman Botol 7 Lori Tangki Rigid - Tepung
3 Lori Rigid - Refrigerated 8 Window Van
4 Lori Rigid - Luton/Kotak 9 Panel Van
5 Penggerak Utama / Articulated Vehicle     
[SKDS 2.0 : Fasa II] 14 Jenis Kenderaan Pengangkutan Darat Barangan yang layak mendapat subsidi:-
1 Lori Rigid - Curtainsider 8 Lori Food Catering
2 Lori Rigid - Hasil Pertanian 9 Lori Tangki Rigid - Minuman
3 Lori Rigid - Kandang Haiwan 10 Semi - Panel Van
4 Lori Rigid - Kombinasi 11 Bas Perkhidmatan Bergerak
5 Lori Rigid - Open Platform 12 Van Perkhidmatan Bergerak
6 Bas Food Catering 13 Lori Rigid - Perkhidmatan Bergerak
7 Van Food Catering 14 Lori Rigid - Sampah